? ??????????????Punk Collage? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (346 Ratings)??322 Grabs Today. 40126 Total Grab
s. ??????Get the Code?? ?? ????14?? ?????Love Love Love? ????? ?????? ???Rating: 4.6 (85 Ratings)??316 Grabs Today. 40143 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ????9?? ???????Rorschach Reality? ?? CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Isnin, 7 September 2009

welcome to my site..

blogger tak aktif? akula tu..



Assalamualaikum..dah lama rasanya iz tak menulis kt blog nie kan?? bukannya apa, al-maklumla sibuk sket dengan sekolah, homework lagi pastu dahla final exam dh nk dkt.. dan skrng ni sibuk dgn buku skrap yg tak penah2 nak abis.. x phm iz ngn cikgu kt sekolah, ade jerr tugasan yang diorang nk bagi..ish.. pening2.. Ha.. arineyh rasa free la sket!! cbb iz tak pegi sekolah.. tp bkn ponteng ok!! iz demam pastu doktor bagi pelepasan cuti sebab sakit..waaah, bestnyerrr!! yg tak bestnyer sakit waktu bulan puasa, tak bolehla nak pegi wat tarawih kt masjid, nanti tak pasal- pasal jangkit orang lain..


kt cnie dgn happynyer iz nk bgtau yag iz bebas dr virus INFLUENZA A(H1N1)..happynyer!! alhamdulillah..tp tetap kna makan ubat antivirus!! kenape erk?? dhla iz nie penakut kat ubat!! dahtu mcmna nk sihat??

apepun iz tetap kena pakai face mask kemana-mana.. nk tegelak pun ada, yelaa selalu tengok sume lengkap, tibe2 nampak mata saja.. mstilah lawak!! tp best jgk pakai face mask nie.. sebab per??



  1. menghalang penyebaran wabak (betul la tu)

  2. tidak menganggu orang lain (kire syarat wajibla)

  3. boleh jugak perasan macam orang arab yang pakai purdah..(hehehe)

dan satu perkara yang paling penting, bagi org yang hidung ''tak tinggi'' macam iz nie, bolehla lindung hidung anda yerr!!


notakaki: kt ats tu iz sja tulis jerr.. walaubgaimanapun, iz tetap bersyukur!! nobody perfect, right?? lupe pulak, selamat berpuasa buat semua umat islam di seluruh dunia.. RAMADAN KARIEM..


Ahad, 6 September 2009



TAK PERLU MENCARI TEMAN SECANTIK BALQIS..
ANDAI DIRI TAK SEHEBAT SULAIMAN..
MENGAPA MENGHARAPKAN TEMAN SETAMPAN YUSUF..
JIKA KASIH TAK SETULUS ZULAIKHA..
TAK PERLU MENGHARAPKAN TEMAN SETEGUH IBRAHIM..
ANDAI DIRI TIDAK SEKUAT SITI HAJAR..

DAN MENGAPA DIDAMBAKAN TEMAN HIDUP BAK SITI KHADIJAH..
KALAU DIRI TIDAK SESEMPURNA RASULULLAH..

TERIMALAH KEKURANGAN ITU SEBAGAI KEUNIKAN, DAN CARILAH KEBAIKAN PADA DIRI KERNA ITULAH ANUGERAH ILAHI AGAR KITA KENALI DIRI INI..

BERSABARLAH DENGAN KETENTUANNYA.. ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI..

Khamis, 30 April 2009

..::sahabat::..


Ingin aku singkap kembali

Kenangan lama agar bersemi

Inginku ulangi kisah manis

Agar terus bersemadi..


Ingatlah aku sebagai rakanmu

Kenanglah daku dalam doamu

Begitulah indahnya kisah dahulu

Engkau sebagai temanku..


Apabila engkau terjaga

Satukanlah harapanku denganmu

Kerana ianya bakal berpadu

Mimpi si penunggu yang setia..


Layarkanlah impian doamu

Sesungguhnya aku masih mengingatimu

Sebagai kawan rakan dan teman

Semoga kita diberkati Allah..


Kudoakan kepadamu agar bahagia

Di dunia dan akhirat..

Ahad, 15 Mac 2009

Buatmu mujahidah solehah...


Dengan kecantikanmu..

kau lebih elok dari matahari..


Dengan akhlakmu..

kau lebih wangi dari sejuta senyuman..


Dengan rendah hatimu..

kau lebih tinggi dari rembulan..


Dengan kelembutanmu..

kau lebih halus dari rintikan hujan..


Maka pertahankanlah keindahan ini..

agar kau terus-terusan menjadi sayap kiri perjuangan Islami..

penegak kalimah Allah di muka bumi..


Amiin..

Isnin, 9 Mac 2009

..::Wanita Hiasan Dunia, Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah::..

MUJAHIDAH SEJATI, PERIBADI SOLEHAH HIASAN DIRI..
A women modesty dressed is as a pearl in it’s shell..

You look at meand call me oppressed,
Simply of the way I’am dressed,

You know me not for wht inside,
You judge the clothing I wear with pride.

My body is not for eyes to hold,
You must speak to my mindnot my feminine mould.

I’m an individual.i’no man’s slave,
It’s Allah pleasure that ionly crave.


I have a voice so I will be heard,
For in my heart I carry His word..

“o ye women,wrap eclose yaur cloak,
So you won’t be bothered by ignorant folk..”

Man doesn’t tell meto dress this way,
It’s law from that I obey..

Oppressed is something I’m truly not,
For liberationis what I’ve got..

It was given to me many years ago,
With the right to prosper,the right to grow..

I can climb mountains or cross the seas,
Expand my mindin all degrees..

For God Himself gave us liberty,
When He send Islam to you and me..

Jumaat, 6 Mac 2009

..:: Hari yaNg meNyedihkaN::.. =(


huhuhu...
sedihnyer hari nie..
kat sekolah tadi, ada pertandingan MTQ..
iz masuk syarahan.. tapi tula kn.. iz tak dapat perform dengan baik..
nak tau x sebab per??
huhuhu.. biarlah rahsia!!
sebelum perform td, iz telefon mak then teriak!!
lepas tu pun, teriak jugak.. memang hudoh..
tak tau la nak cakap pe..
Iz memang tak puas hati.. kalaula masa boleh diputar semula memang dah lama iz buat.. tapi, itulah kenyataan yang tak dapat diubah..
Apapun iz nak ucap tahniah kat budak- budak kelas iz..
diorang masuk nasyid.. diorang bawa lagu Far East.. memang best!! Well done guyS!!


tu je la kowt.. daa..

assalamualaikum..=)











..::seLamat Hari Lahir::..



Haha.. ari nie genap iz 14 tahun!!
tua dahh.. nk wat camner..
sumer org akan meningkat dewasa.. begitu juga iz!! kemudian jadi tua.. akhirnya, kembali kepadaNya..
Iz akan jadikan hari nie sebagai medium untuk iz jadi insan yang lebih matang..
tapi...
Iz dapat merasakan hari niela ulang tahun yang paling tak menyeronokkan.. entahler kenapa!! yang pasti, sepanjang minggu nie.. ada saje yang tak kena..
mungkin iz buat silap.. klu iz ada buat silap kat sesapa, iz minta maaf bebanyak..
Semalam ada banyak mesej masuk dalam inbox.. ramai yang wish besday!! terharula plak..
pastu waktu iz nak tido semalam, akak ngan makndak bagi hadiah..
akak bagi teddy bear.. masuk yang nie, dah tiga ekor teddy kt umah nie..yang baru tu..
iz bagi nama "lebai malang".. cute gilerr!! mcm tuan diala jgak.. yang sulung nama dia"mr. buncit", sebab perut dy besar..satu lagi yang kecik.. nama dia "budak kecik.."
ha..ha..
Demikian jer untuk hri ini.. daa..
ma'asalamah wailalliqa'......=)

..::salam mujahadah::..




Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh. Alhamdulillah kita masih lagi di jasad ini,menghirup udara, menggunakan nikmat yang diberi oleh Allah, dan Allah masih sayang pada kita. Tetapi adakah kita ini betul2 ikhlas beribadah, mensyukuri nikmatnya dan berakhlakdengan akhlak yang mulia. Walaupun begitu, Allah s.w.t. tetap menyayangi kita walaupun kita ini hamba-Nya yang hina.


Di sini saya ingin menerangkan,"Apa itu akhlak mulia".Maksud hadis: Daripada Abu Hurairah radiyallahu anh berkata; bersabda rasulullah s.a.w., "orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang terbaik dikalangan kamu ialah orang yang paling banyak berbuat baik kepada isterinya".


Seringkali di sekolah, sudah bermacam-macam, sudah bertahun-tahun lama diterangkan apa itu akhlak, pada perhimpunan am dibicarakan mengenai akhlak, pada usrah mentor-mentee juga banyak kali diperkatakan tentang akhlak. Tetapi apabila ditanyakan kepada adik-adik, pelajar-pelajar, kawan-kawan, apa yang mereka jawab? mereka jawab: Akhlak itu akhlaklah!!!. Kerana apa mereka jawab begitu?..kerana apa?.... kerana mereka ini sendiri tidak berakhlak dengan akhlak yang mulia. Pada asasnya mereka tahu, tetapi pada amalnya mereka ini tidak buat.


Baiklah, tanpa membuang masa, saya akan menerangkan apa itu akhlak dan sekaitan dengannya.Akhlak ialah perbuatan, perkataan, dan tingkah laku yang elok serta indah berpandukan Al-Quran dan sunnah rasulullah. Hakikat ini bertepatan dengan tujuan rasulullah diutuskan iaitu untuk membentuk akhlak manusia, berdasarkan hadith rasulullah s.a.w.:Maksudnya: Daripada Abu Hurairah radiyallahu anh berkata; rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."Itulah dia, didalam hadith tersebut ada mengatakan bahawa rasulullah itu diutuskan demi menyempurnakan akhlak yang mulia.


Ini bermaksud, jika mempunyai akhlak yang mulia, kita ini seumpama telah didatangi dakwah dan bukan dakwah rasulullah sahaja, malah kita ini dikasihi Allah dan rasul-Nya. Sebagaimana didalam sebuah hadis:Maksudnya: Daripada 'Amru bin Syuib daripada ayahnya daripada datuknya, Sesungguhya dia telah mendengar rasulullah s.a.w. bersabda,"Ketahuilah akan aku khabarkan kepada kamu dikalangan kamu yang sangat aku kasihi dan orang yang paling hampir kedudukannya denganku pada hari akhirat, maka kaum tersebut diam sehingga baginda mengulanginya sebanyak 2 atau 3 kali lalu kaum itu menjawab, "Ya Rasulullah, sabda baginda, ialah mereka yang mempunyai akhlak yang paling mulia."Dan kita juga hendaklah tahu bahawa akhlak itu sama sekali berhubungan dengan iman. Dimana iman ini menjadi asas bagi pembentukan akhlak muslim sejati. Maksudnya di sini ialah iman seseorang itu bergantung sejauh mana penghayatan individu itu terhadap akhlak yang mulia.


Disini saya akan memberi satu contoh yang menunjukkan bahawa akhlak dan iman itu berhubungkait. Saya bagi “Kebersihan”. Pada masa kini, terdapat pelbagai iklan dan propaganda yang mana berbentuk begini: “Kebersihan amalan baik”. Ini yang kerajaan war2kan. Apa yang kita tahu disini amalan baik yang dimaksudkan ialah Akhlak yang mulia. Dan kebersihan ini ada di sebutkan didalam hadith baginda iaitu:Maksudnya: Daripada Abu Malik Al-‘asy’ari berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; Bersuci(Kebersihan) itu adalah sebahagian iman…(Riwayat Muslim).


Maka tidak syak lagi bahawa akhlak dan iman itu saling berhubung kait. Dan kita juga akan mendapati bahawa akhlak itu merupakan sesuatu yang besar, sebagaiman di dalam hadith berikut:Maksudnya: Daripada Abu Dardai Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak ada yang paling berat pada timbangan(Mizan) melainkan akhlak yang baik.”(Riwayat At-Tirmidzi).Begitu juga dengan hadith ini:Maksudnya: “Akhlak yang baik boleh menghapuskan kesalahan seperti matahari mencairkan air yang beku.”Di sini juga saya berharap supaya kita(manusia, islam) terutamanya para pemuda supaya menjaga akhlak supaya kita ini tidak dikategorikan sebagai orang yang celaka.


Sebagaimana hadith baginda Rasulullah:Maksudnya: “Telah berkata seseorang kepada Rasulullah, “Apa itu celaka”, maka Rasulullah bersabda: “Iaitu jahat perangai.”Jahat perangai yang baginda maksudkan di sini ialah akhlak yang buruk, dibenci dan sungguh menjelikkan. Maka Celakalah mereka ini. Adakah kita mahu celaka ini?.. Jika tidak mahu, kita hendaklah menjaga akhlak supaya dengan itu kita dikasihi orang ramai, disukai Allah, Lantaran bahagia di Akhirat kelak.